Sunday, June 9, 2013

Happy Birthday Bestfriend !

Assalamualaikum w.b.t

Dah tiga hari lepas berlalu. Baru sekarang aku nak update blog untuk wishes seseorang yang istimewa. I'm sorry.. Mungkin sebab kebelakangan ni sibuk sangat kot.. Apa yang sibuk sangat tu? Sibuk tengok tv. hehe

Who is she?


Nama gadis cun di atas ialah Norfarahin Zainudin nama gelaran "Faien" berumur 17 tahun dan lahir pada 6.6.1996.. Sekolah di Smk Sri Tebrau, seorang anak,seorang kakak,seorang adik,seorang pelajar,seorang sahabat dan hamba Allah :)

Sejarah perkenalan aku ngan Faien bermulalah pada 3.1.2009. Sedang ibu bapa sibuk membeli buku sekolah di koperasi untuk anak mereka yang bakal menduduki tingkatan 1,aku dan mak aku yang terchenta duduk dikerusi semetara menunggu giliran. Mak aku memulakan perbualan untuk menegur seseorang di sebelahnya, ia merupakan mak Faien dan faien pun ada. Begitulah cara perkenalan kami.. Hahahaa,,


Selama 4 tahun setengah perkenalan kami, Kami tak pernah gaduh kan kan faien? Insyaallah sampai bila-bila tak akan pernah gaduh :) Terlalu banyak memori aku dengan Farahin. Memori kena kejar anjing ngan dia pun aku tak kan lupakan. Hahaha

Kami selalu hangout sama-sama kat Plaza Pelangi.. Guess what kiteorang cari apa kat Plaza Pelangi? Mesty lah Novel. Kami pernah pergi CS sama-sama naik bas, jogging dari rumah sampai stulang laut pukul 6.30 pagi,pergi MBJB berdua untuk buat kerja kursus geografi, lepas tu balik naik bas sampai sesat.
Rasanya terlalu banyak kan untuk ditaip. Biarlah semuanya berada di ingatan.

Bila difikirkan balik, tu semua pengalaman kan? betul lah orang kata hidup tanpa pengalaman tak bererti. Pengalaman lah yang mendewasakan kita.  Sekarang kami dah berada di tingkatan 5, dan mungkin selepas ini kami akan berjauhan tapi kami tak akan lost contact sebab rumah kami dekat je :)



Faien! Selamat Hari Jadi, semoga di murahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berjaya di dunia dan di akhirat. Kita minta maaf kalau ada salah dan silap selama 4 tahun lebih kita berkawan. Maafkan kita kalau mulut kita cabul sangat untuk kutuk awak,sorry kalau ada sakitkan hati awak,sorry kalau ada menipu, biasalah tipu sunat :P mintak halal segala-galanya and thanks for everything :) 

Dan doa kita buat awak, moga jadi anak yang solehah, kakak dan adik yang baik ,seorang rakan yang baik, dan satu hari nanty.. seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami. Semoga berjaya dalam bidang yang awak minat,  gud luck Spm belajar rajin-rajin. Nanty dah besar jangan lupa kita, jangan lupa jemput kita bila nak kahwin ^_^ Hadiah yang termampu kita bagi kat awak hanya lah coklat dan kad ucapan yang comel direka khas oleh kita dan pertolongan tulisan akak kita (biasalah tulisan kita tak seni) hehe. Bestfriend until Jannah! I Love you Dear :*

A true friend is the only person who never gets tired of listening to your pointless dramas again and over again