Assalamualaikum w.b.t
Hari ni satu dunia sambut hari ibu kan? Dulu masa form 4 aku ada buat essay bertajuk 'My Mother'.. Wow! banyak sangat merah, salah tu la salah ni lah. Essay aku daripada dulu memang worst, setakat nak bercakap omputih boleh lah tu pun confirm grammar mistake. hahaha
Tapi apa yang aku tulis kat dalam essay tu memang ikhlas dari hati. Tapi cikgu ni tak faham agaknya, tu yang banyak tanda soal " ? " I can't express my love to you mom, but I swear! I love you. :)
Aku panggil ibu aku " mak" tapi abang aku akmal selalu panggil "omma" dah macam orang korea dah. Semua adik beradik aku rapat dengan mak aku termasuk aku.. anak last memang lah kan. Mak aku sporting sangat-sangat. Percaya lah. Aku selalu cerita kat dia macam-macam dan semuanya dia tahu apa yang terjadi kat sekolah dan di mana-mana. Dia pun tahu aku suka siapa taw. walaupun dia tak kenal budak tu dan tak pernah jumpa pun, yang penting dia tahu budak tu nama siapa,umur berapa dan macam mana ciri2nya hohoho. Tapi dia sporting tak kena marah pun, cuma mak aku nasihat kan je.
Setiap pagi mak aku akan kejut kan aku "Nurul bangun dah pukul 5.45" bila aku bangun je, tengok jam, baru pukul 5.3o! apa lagi tidur lah balik. hehe
My mom is beautiful. Aku kalau balik kampung jalan-jalan ngan akak aku, mesty orang cakap "ni anak pah eh" memang betul pun. Aku rasa bangga kalau orang cakap muka aku sama macam mak aku. Hahaha. yela anak mak kena lah muka seiras kan. Hehehe
Mak aku tak se-peramah macam ayah aku. Tapi mak aku amat peramah di rumah. Hehehe, kadang-kadang tak berhenti bercakap pun ada. Kalau ayah aku, semua orang dia peramah. Aku jangan tanya lah kalau boleh setiap hari abah nak bagi ceramah. Anak perempuan lah katakan. Mak aku kuat merajuk sangat-sangat tu yang diwarisi oleh anaknya. Kalau aku nak cerita pasal mak aku, memang tak kan habis.
Yang pentingnya, Nurul tahu Nurul anak yang nakal,selalu buat mak marah, ngada-ngada dan sebagainya lah. Tapi walau macam mana pun. Nurul tetap sayang mak :) Thanks sebab lahirkan Nurul kalau tak, Nurul tak akan hidup di dunia ni. Sorry for everything :)
Mom, I can lose everything in this world but not you. You are my everything :) I love you very much .