Sunday, March 31, 2013

Rahsia Bulan Lahir Dr fadzilah Kamsah

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba terjumpa artikel mengenai rahsia bulan lahir ni kat blog orang. Yelah dok blogwalking je memanjang semenjak ni..

Mestilah aku akan post kan untuk tarikh lahir November je..sebab hari lahir aku pada bulan november. Walaupun artikel dah pernah keluar kat facebook dahulu kala. Tapi dah lama sangat confirm tak ingat.

November:

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Okay persamaannya banyak lah jugak dengan diri aku. Cuma satu je yang tak akan terjadi. Sesuai untuk menjadi doktor..wahahaha! Tak sesuai langsung. Memang tak ada sapalah berani izinkan aku bedah dia, hahah..Suka duduk di rumah memang betul, aku kalau boleh tak nak keluar rumah pun boleh. Perangai yang tidak dapat diramal dan berubah-ubah betul kot..hehe. Tapi yang lebih mengetahui mestilah keluarga dan rakan-rakan.

Tidak hargai pujian memang betul. Bukan tak hargai sebenarnya tapi aku tak suka sangat kalau orang puji.. ada udang disebalik mee la katakan ^.^ Sifat yang perahsia mungkin salah..sebab aku memang suka share kat orang lain, lagi lega~ Sharing is caring right? Seterusnya, tidak berjaya dalam mengawal emosi? hehe sememang nya correct! walaupun nak kawal emosi ni mesty terbabas jugak.

Apabila nak sesuatu ,akan diusahakan sampai berjaya.. Aku kalau nak sesuatu yang betul-betul nak dapatkan confirm aku akan usaha nak dapatkan. Insyaallah akan tercapai. Kurang bercakap? iyeke? Ikut mood la..Kalau aku rasa nk cakap.. memang tak berhenti. Tapi kalau buat sesuatu kerja aku tak suka sangat bercakap. Terlalu degil dan keras hati? hmm tak tahulah. Tapi mak abah cakap betul..ish2 -.-

Yang paling betul -pandai muhasabah diri-. Setiap malam sebelum tidur mungkin aku akan muhasabah diri sendiri. Sebab abah selalu pesan supaya muhasabah diri sendiri. Tapi yang aku tak puas hati, muhasabah diri tapi masih aku lakukan perkara yang sama. haishhh! dah menyesal tapi buat lagi..macam mana tu?

Okay kalau korang nak tahu bulan lahir korang dan rahsianya. Pandai-pandai lah korang search google dan taip lah apa-apa yang patut. Sesungguhnya maklumat dapat diperolehi hanya dihujung jari sahaja. kan kan ^.^

Disebabkan aku ni tak boleh cakap lagi menaip sahaja lah. Hahaha. Jangan nak ketawa sangatlah esok sekolah., Baju tak iron lagi, homework tak siap ish2.. Bukan tak nak siapkan tapi keadaan diri aku ni tak mengizinkan :(

Setiap hari aku akan tanya mak aku "mak bila nak senang ni, bila nak sihat ni"
Mak aku akan jawab "mak ni dah lah ada darah tinggi kalau nurul cakap ulang2 makin naik darah tinggi karang" Yela aku asik buat mak aku risau je. Abah pun cakap nurul yang kena mak pulak lebih-lebih. hehehe. Itulah kasih seorang ibu :)