Assalamualaikum w.b.t
Semua dah tahu kan apa yang terjadi di Lahad Datu? Aku ingat kan tentera dan polis Malaysia yang dahulunya meniggal hanya kerana di tembak. Tapi yang sebenarnya mereka mati dibunuh dengan kejam.
Arwah di penggal,dikorek biji mata dan sebagainya. Seriously aku terkejut. Kalau bukan ayah aku cerita sampai bila-bila lah aku tak taw kes tu. Aku marah sangat-sangat sampai tak boleh nak luahkan, hanya tuhan sahaja yang tahu. Yang paling aku terkejut bila ayah aku cakap yang pengganas yang datang ni semua orang islam. Aku tanya lah betul ke orang islam kan orang filipina. Ayah aku cakap ni kan askar sultan sulu semua islam.
Gila ke apa? islam perang dengan islam? Otak letak kat mana? tak tahu ke dosa tu apa? bunuh orang dengan kejam. Setelah bertahun-tahun baru sekarang ni nak rebut Lahad Datu balik apesal pulak? Kalau ye pun bincang lah baik-baik tak payah sampai nk bunuh sesama islam. Pengganas sekalian, jangan risaulah korang tak akan mati syahid sebab buat kacau kat negara orang faham!
Untuk apa askar Sultan Sulu pakai tangkal? supaya susah nak mati?kebal? Askar Malaysia betapa berani untuk mempertahankan negara dengan hanya membawa doa sahaja tak payah nak tangkal2 berbagai ni lah! Pakai tanggal guna ayat Al-Quran? Allah pun tak nak tolong lah, sebab tu walaupun pakai tangkal tetap bolah mati jugak !
Yang tak boleh belah, dah bunuh dengan kejam bolah pulak dia rakam. Aku memang tak akan tengok video tu sebab memang kejam. Apa nak jadi diorang ni? nak bunuh, bunuh je lah tak payah nak seksa-seksa. Mana keperimanusiaan korang yang dikatakan bergama islam?
Kalau korang yang kat luar tu cakap polis ngan tentera tak buat apa2, Please OPEN YOUR EYES, askar dan polis malaysia sekarang ni tak gentar lah ngan pengganas! Tapi jangan lupa yang korang ni akan menerima balasan lah didunia dan diakhirat! Ingat Tu!
Al-Fatihah buat tentera dan polis Malaysia yang telah pergi untuk mempertahankan negara. Jasa mu tak akan pernah dilupakan :)