Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa :)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni satu dunia menyambut hari bapa kan? aku pun tak nak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada abah aku yang tersayang.



Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat ayah seperti beliau.. Dia seorang yang peramah sangat. Seorang ayah yang suka menasihati kepada anak-anaknya, terutama anak perempuan beliau. Kalau aku nak keluar dengan kawan-kawan pun susah dia nak bagi. Macam-macam boleh berlaku katanya,,

Ayah aku dengan abang aku wan rapat sangat. Diorang boleh bergusti sesama sendiri.. Dah macam kawan2 je.Kalau dengan akak aku, everyday akan kol akak aku n berceramah kat akak aku nak dekat setengah jam. Tapi ianya bukan lah berceramah tapi memberi kata nasihat dan semangat. Ayah aku banyak kali mengingat kan aku suruh belajar dan dapat kerja bagus. Tak perlulah bergantung kepada lelaki yang zaman sekarang ni tak boleh dipercayai. Ayah aku pun cakap perempuan kalau berjaya, lelaki akan pandang tinggi dan tak akan mudah dipermainkan.

Aku dengan ayah aku suka bercerita . Aku akan cerita apa yang happen kat sekolah. Hahaha, even orang yang aku suka pun.. Ayah aku paling suka tengok "just for laugh" entah apa yang kelakar aku pun tak taw. Ayah aku tak pernah mengkritik masakan emak aku. Bagus kan? walaupun terlebih garam ke gula ke, dia bedal je. Aku paling tak suka tengok cerita melayu dengan ayah aku. Nanti mula lah dia komen cerita tu dari awal sampai habis. err panas telinga beb. n aku selalu cakap "ni berlakon je lah bah director yang suruh buat,senang abah je lah jadi director" err!

Tak semua orang rapat dengan ayah mereka kan? Tapi aku adik beradik rapat dengan ayah aku. Alhamdulillah aku bersyukur. Semua cerita kami adik beradik akan kongsikan bersama. I love you abah!
Nanty Nurul dah besar, dah ada kerja bagus, Nurul akan balas jasa Abah! Thank you for everything :D
Semoga keluarga aku diberkati Allah, dilindungi dan bahagia sampai Jannah :)