Assalamualikum w.b.t
Hari ni,malam ni,tarikh ni,tahun ni,masa ni aku nak post pasal "Encik Mimpi" Ini merupakan kali kedua aku posting pasal artis. Yang pertama ialah one direction. Kali ke-dua aku nak post pasal "Encik Mimpi" Dalam blog ni aku selalu post pasal kawan-kawan,keluarga dan diri sendiri. Jarang sekali aku post pasal artis. Sebab aku kalau minat kat artis tak adalah nak "giler2" sebab aku selalu ingat apa yang mak cakap.. kalau aku kata "hensemnya" mak aku akan jawab "bukan dapat pun"
Haritu masa kat KL, tidur rumah makngah aku, dapat lah jumpa akak aku. Dia stay one night kat sana. boleh lah lepaskan rindu, berchit-chat dan sebagainya. Mula lah topik Encik Mimpi bila akak aku suruh aku tengok video encik mimpi yang bertajuk "suka".. Rupa-rupanya video tu encik mimpi yang nyanyi! sebab suatu ketika dahulu, dah lama dah. Masa tu Encik Mimpi belum jadi artis, akak aku suruh tengok video tu katanya comel. Aku pun tengok.. "Apasal mamat ni tak nak tunjuk muka" Geram betul.. aku pun cakap kat akak aku.. tak best pun dengan nak tak nak je tengok. Tapi akak aku bukan main excited lagi tengok video "suka" tu.
Rupa-rupanya encik mimpi yang nyanyi!! Hahahaha. Tapi time tu aku tak kisah sangat. Malam semalam je aku searching lagu-lagu kat youtube dengar lah lagu "rindukanlah" walaupun lagu tu dah famous. Aku baru nak seacrh kat youtube. Sejak tu aku search video2 encik mimpi. Dan yang aku lebih kagum. Encik Mimpi boleh nyanyi lagu-lagu omputih seperti price tag,lagu adele,call me maybe dalam bahasa melayu. Tersangat lah sempoi Encik Mimpi!! Bagi aku pandainya Encik Mimpi ni nyanyi dalam bahasa melayu dengan ikut rentak irama sekali!
Dah search fb,twitter encik mimpi dan sebagainya aku mula rasa sia-sia. Aku memang macam tu, first2 excited dan sebagainya. Lama-lama aku akan sedar kembali bahawa perbuatan aku ni semuanya hampehh.. Aku pun rasa sia-sia je aku search,follow pasal Encik Mimpi ni. Aku teringat mak aku selalu cakap "bukan dapat pun" aku terus~~~ dah lah buat apa nak search pasal Encik Mimpi ni buang masa jek! Dan terus tutup lappy dan tengok cerita korea lagi best!!
Tapi bila esok aku online je. Buka fb,twitter.. Guess what? ENCIK MIMPI follow aku balik beb!! Uhaaaa.. daripada rasa sia-sia terus rasa #how lucky I am#. Hahahaha! >.<
Perkara yang aku tahu pasal Encik Mimpi ialah, dia berusia 25 tahun dan pernah belajar di luar negara. That's all! Sebab Encik Mimpi ni secreative sangat lah. Hahaha! tadi stalker twitter Encik Mimpi dan aku dapat tahu bahawa Encik Mimpi keluar kat surat khabar berita harian. Aku terus tanya abah aku, 'abah ada beli surat khabar tak?' soalan yang tak pernah aku tanya mungkin. Ayah aku jawab ada. Tapi malangnya ayah aku beli surat khabar utusan Malaysia! aku pun kata kat abah aku " ala.. Nurul nak berita harian sebab ada Encik Mimpi"
Malamnya ayah aku balik, ayah aku bawa surat khabar berita harian. HUAAAA!! Sukanya! Hahahahahah. Okey That's enough. Aku tak tahu aku taip apa ni semua dengan ayat tonggak tebalik sebab aku tengah malas ni walaupun excited -.- Tapi aku hanya nak luahkan perasaan je, sebab tak pernah rasa macam excited gini.!!
Ok bye! Gudnite, "semoga mimpi dapat tengok muka encik mimpi yang sebenar" Hahahaha xD