Thursday, February 5, 2015

PERLU KE MASUK MATRIKULASI?

Assalamualaikum w.b.t

Sekembalinya aku dalam dunia blog ni, aku akan menaip mengenai MATRIKULASI. Korang tertanya-tanya tak kenapa aku dah tak berapa nak rajin update blog, update twitter dan semua laman sosial? Ini sebab aku budak matrik. Ceyh, lu ingat budak matrik ni "koya" sangat ke. Hahaha bukan apa, biladah masuk matrik ni malas nak buat semua tu sebab komitmen sepenuhnya dekat sana.

Aku tahu sekarang ni budak lepasan spm mesti tak sabarkan nak tunggu keputusan upu dengan keputusan matrik. Dan aku tahu ramai diantara kalian semua kalau dapat matrikulasi mesti mak abah,kakak,abang,pakcik makcik tak bagi. KENAPA??

Apa yang teruknya dekat matrikulasi? Seriously, aku gembira je dekat matrik. Walaupun terkongkong, stress,kerja melambak, tapi as long kau ada kawan untuk huha mesti kau akan gembira duduk sini. Masa aku jadi budak lepasan SPM pun macam tu juga, nak mohon upu tapi aku mohon semua asasi tak ada diploma. Nampak tak bertapa aku terpengaruh dengan akak aku (sorry akak). Dia lebih suka aku ambil asasi sebab dia dulu ambil asasi UPM. Tapi malangnya aku tak dapat dan terpaksa lah masuk matrik.

Masuk matrik je,aku dah tekad aku kena belajar rajin-rajin untuk setahun,tinggal kan cerita korea,novel dan semua tu. Tapi dekat sana, aku tak rajin mana pun, boleh je baca novel,tukar-tukar novel dengan jiran,kawan-kawan, Boleh je aku tengok running man. Boleh je aku tidur sepuasnya masa weekend. Kau akan berjaya dekat sana selagi kau ada azam, iaitu "azam 4 flat".

Susah ke nak dapatkan 4 flat? Aku tak pandai mana pun. Tapi bila masuk matrik tiba2 jadi pandai sikit. *evil laugh* UPS 1 aku tak dapat 4 flat, dan hati aku hancur luluh. PSPM1, UPS2, PSPM 2 alhamdulillah dapat 4 flat. Setelah berusaha okay? Korang! nak dapat 4 flat kat matrik senang je. Fokus kat kelas, buat semua soalan tutorial. Tapi yang bab fokus dalam kuliah tu, aku pun kelaut. Dan balasannya, aku pernah baca satu bab ekonomi sampai 5 kali. Sebab tak faham. haha. Aku terpaksa untuk memahamkannya sendiri. Sebab aku jadi mentor semua orang mengharapkan aku. Macam mana nak ajar orang kalau tak faham kan? hehe

Kalau nak dibandingkan dengan asasi dan matrikulasi, asasi lagi bagus sebab kebanyakannya universiti tersebut akan serap budak-budak diorang terus. Tapi kalau masuk matrikulasi nak mohon upu nanti kena compete dengan budak STPM dengan asasi. Tapi kalau tak ada rezeki masuk asasi better piih matrik berbanding diploma. Sebab kau layak masuk matrikulasi,bagi lah peluang kat budak2 yang tak dapat matrik or asasi ambil diploma.

Dekat matrik tak susah manapun, ada empat subjek je yang kira daam pointer.
    Kursus akaun:

  • MATEMATIK
  • PERAKAUNAN
  • EKONOMI
  • PENGURUSAN PERNIAGAAN


  Kursus sains:
  1. Modul 1 - ( BIOLOGY,CHEMISTRY,PHYSICS,MATEMATIK)
  2. Modul 2 - (BIOLOGY,CHEMISTRY,MATEMATIK,SC COMPUTER)
  3. Modu 3 - (CHEMISTRY,MATEMATIK,PHYSICS,SC COMPUTER)
Untuk course sains, korang boleh pilih modul mana yang kau suka. AMARAN! Kalau nak jadi doktor kena ambil modul 1. Nampak je susah tapi senang sebenarnya. Okay aku stop kat sini.Nanti aku update topic baru pasal matrikulasi iaitu, cara belajar dan macam-macam lagi.


1 comment:

  1. Nak tanya, akak ni akaun ke sains? Pointer macam mana okay tak

    ReplyDelete

HI PLEASE COMMENT