Tuesday, November 13, 2012

Selamat Datang Muharam

Sebentar tadi, emak dan kakak ku sibuk berbicara. Aku yang tak tahu hujung pangkalnya pun mencelah. Lepas itu, emak aku pun bagi tahu khamis sudah masuk tahun baru dalam islam. Jadi muslim muslimat digalakkan membaca doa akhir tahun pada esok hari sebelum masuk waktu maghrib. Selepas masuk maghrib pula baca doa awal tahun.Tahun ini seperti tahun lepas, emak aku mengingatkan aku untuk membaca doa akhir dan awal tahun.


Sumber gambar ini aku dapat dari internet. Tetapi, menurut emak aku, doa ini juga terdapat di setiap buku Yaasin ok.Hari khamis merupakan tahun baru, jadi mesti banyak yang dihajatkan untuk berubah, betul tak? begitu jugalah dengan diri ku ini.Tetapi kebanyakkan apa yang aku hajat atau berazam tidak aku ikuti sebenarnya. haishh! nak buat macam mana, syaitan telah berjaya menggoda diri ini.

Oleh itu, seperti biasa tahun ini juga aku mempunyai azam dan aku berharap aku dapat menahan godaan syaiton daripada melanggar azam yang telah aku buat. Disebabkan tahun depan merupakan tahun yang sangat penting sekali bagi budak batch 1996 kerana bakal menduduki SPM. Aku berazam untuk belajar betoi-betoi2.. :)

No comments:

Post a Comment

HI PLEASE COMMENT