Saturday, October 13, 2012

Diary Book

Apakah itu diary? ada sesiapa yang tak pernah ada buku diary? gerenti ramai. lagi-lagi lelaki la.. betul tak? diary tu bermaksud korang akan mencatat sesuatu yang peribadi or nak cerita about whole day korang kat diary tu, korang boleh tulis macam2, pasal boyfirend or bestfriends or crush kew.. hahaha kalau hati korang rasa cam tak tenteram n korang tak nak luah kan kat orang, luahkan la kat buku diary tu, gerenti korang akan more okay, tak caya test la..


aku ada diary tak? mesty lah ada.. aku rasa sejak aku kecik2 dah ada.. cuma asik tukar2 buku jek. n start form 1 buku diary aku dah tetap until sekarang.. sekarang ni pown dah tak ada ruang  nak tulis kat mana lagi dah. masa form 1 or form 2, aku ingat lagi cikgu helen masuk kelas bawak satu buku , aku punya la terkejut beruk, tu bukan diary aku ke? hahaha bukan la cuma sama jek bukunya,. aku dah seram dah, kalau cikgu baca, hampehh


Diary tu sebenarnya antara kita dan buku tu jek kan. no one tak boleh tahu,secret la katakan.. tapi kes aku susah taw. sejak form 1 first aku beli buku tu, aku tulis la pasal sepupu aku yg annoying ni, pastu abang aku yang Akmal tu dia pergi baca, pewhh panas jek aku.. lepas tu aku sembunyi la kan, tapi cuma malam2 aku tulis diary kalau dah ngantok letak je diary tu tepi bantal.. n lupa nak sembunyikan, apalagi, abang-abang aku yang terlebih kepoh tu baca la..

ingat lagi one day tu, akmal tiba2 nganjing aku, rupanya dia baca diary aku.. ape lagi! aku marah laaa, lepas dia balik U je, aku masuk bilik dia, misi membalas dendam! hihihi, aku jumpa satu fail, aku bukak la. korang nak tahu tak ada ape? penuh dgan surat cinta. swear! banyak sangat, cantik2 taw n rupa-rupanya abang aku pon ada diary hahaha.. tapi diary tu semua ditulis semasa dia sekolah menengah dah lama dah.. aku baca yang dia putus cinta la. ada gambar masa dia form 4 ngan awek dia pakai baju sekolah, pastu kat belakang gambar tu bertulis 'first love heart broken' hahaha tak boleh blah abang aku ni.

puas hati taw..sampai sekarang dia baca diary aku taw. ada time ni aku tulis la something.. bila aku selak2 diary aku kat atas ada tulis 'siot je' aku pelik, sejak bila aku tulis benda tu.. dah sah sah dia yang tulis. abis tu sapa yang tulis.. akak aku pown ada diary, aku ikot dia la.. secara jujurya mesti la aku pernah baca, hihihi masa tu dia darjah 4 taw, sampai sekarang diary tu ada, ayat kat dalam diary yg dia tulis tu memang best dah macam puisi dah.. hahaha diary aku dah tak secret dah.. dah ada penceroboh sekarang ni aku nak cari buku diary baru sebab dah 4 tahun guna diary yang sama n dah tak ada space nak tulis dah. 

My diary is My Secret shuuuutttt ^.^