Tuesday, August 14, 2012

PESANAN UNTUK KAUM HAWA

Hawa..
aku bukan manusia sempurna,
apatah lagi kamil dari dosa,
sekadar meluah rasa
melihat kau disana

Hawa..
bukan kecantikan yang aku dambakan, 
bukan pula wangi-wangian,
atau dari lurus rambut yang kau tayang,
atau dari mulus kulit wajahmu,
ayau dari senyum yang kau hadiahkan..

Hawa..
tidak pernah aku nafikan,
anggun wajahmu,
pesona kecantikanmu,
sesekali menggetarkan iman,
sesekali kolam hati ini berkocak,
tidak pernah aku tidakkan,
bahawa aku damba pada kecantikan,
aku damba pada kelembutan

Hawa..
betapa kau dan aku mengaku
tiada sesuatu yang kekal..
tiada tang akan bertapak selamanya
pasti..
suatu masa segalanya akan dituntut
kembali,
saat sang Rabb membuat keputusan..

Hawa..
tidak kasihankah kau padaku?
yang sekian lama mendambakan permaisuri
yang akan menjadi tulang belakang perjuangan ku..

Tapi Hawa..
kau biarkan perhiasanmu terbuka
kau biarkan ramai yang melihat,
sedangkan perhiasanmu hanya untuk sua mimu
tapi yang aku dapat..
hanya bekas-bekas dari pandangan lelaki lain
maka tiadalah istimewanya lagi dirimu untukku

Hawa..
tutup perhiasan mu sebaiknya
jangan ada lagi adam yang terseksa,
mendapat habuan
yang sudah lama terbuka

Hawa..
tidak kupinta kau menjadi malaikat
tapi yang kuharap
jadilah kau srikandi
wajahnya cantik secantik hatinya
luas umpama lautan
bermanfaat untuk seluruh alam

Penat aku menaip.. abz gak.. aku dapat puisi ni dari majalah sinergi karya Ukhti Marhaina Ismail.. poem nie menarik sgt.. a bit terasa untuk aku, dan aku akan manfaat kan..INSYAALAH :) smua orang boleh berubah untuk menjadi lebih baik.. jangan perlekehkan mereka.. maka, utk kaum hawa.. mintak terasa la dgn puisi nie okeyhh.. sesungguhnya kaum adam mata dan minda lagi tajam untuk memerhati dan memikirkanyya .. Assalamualaikum!